Monday, December 10, 2012

Spesifikasi Nokia Lumia 920. Hebatkah?




Assalamualaikum! Yeahh Nokia is back with a brand new attack! Nokia memperkenalkan model terbaharu dalam siri Lumia iaitu Lumia 920 yang akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Lumia yang menggunakan platform Windows 8 yang terbaharu ini akan menjadi taruhan terkini Nokia untuk terus bersaing dengan kemunculan handphones lain yang hebat-hebat yang menggunakan platform Android terkini iaitu Jellybean 4.2. Mampukah Nokia melakukannya?

Ok jadi apakah spesifikasi Lumia 920 ni? Baiklah, Nokia sekarang sudah mula membuat telefon dengan skrin yang besar berbanding dahulu dengan Lumia 920 mempunyai skrin dengan saiz 4.5 inci. Akhirnya Nokia dengar pun komplen customers dia kan yang mahukan skrin yang lebih besar. Skrin Lumia 920 mempunyai resolusi 1280 kali 768 piksel dan menggunakan teknologi Puremotion HD+. Apa tu? Lebih kurang apabila anda skrol laju-laju gambarnya tetap cantik dan tak tersekat-sekat. Skrinnya juga ada polarization filter yang menjadikan warna gambar lebih deep dan vivid. Benda ni orang fotografi sukalah.

Tinggi Lumia 920 adalah 130.3 mm dengan lebar 70.8 mm dan tebalnya 10.7 mm. Memang bukan telefon yang ternipis dan teringan di muka bumi tapi Nokia memang tak kisah dengan semua tu. Macam mana dengan pilihan warnanya? Nokia masih menerapkan gaya chick and funky dengan menyediakan pilihan warna-warna ceria  seperti kuning, merah, putih, hitam dan kelabu untuk siri Lumia 920. Dan langkah ini nampaknya diikuti oleh pesaingnya HTC yang turut menggunakan variasi warna dalam siri Windowsphone 8 mereka.

Prosesor yang digunakan kali ini adalah Snapdragon S4 yang dikeluarkan oleh Qualcomm. Prosesor dual core ini mempunyai kekuatan 1.5Ghz dan mampu menjana Windows 8 dengan lancar tanpa tersekat-sekat. RAM bagi Lumia 920 adalah 1Gb dan ruang storan yang tersedia adalah 32Gb dengan 7Gb lagi dalam skydrive (macam dropbox atau iCloud).



Ok, tarikan utama Lumia 920 adalah kameranya. Kamera dengan 8.7MP ini mampu menangkap gambar dalam gelap jauh lebih baik daripada pesaingnya, malah lebih baik daripada beberapa kamera point-and-shoot sendiri. Selain itu, gambar dan video yang  dirakam menggunakan Lumia 920 sangat stabil walaupun ditangkap menggunakan tangan dalam situasi yang bergegar (shaky) kerana teknologi floating lens yang digunakan oleh Nokia. Jadi telefon ni memang sangat sesuai untuk mereka yang suka ambil gambar menggunakan telefon. Video yang dirakam adalah video Full HD dengan resolusi 1080p pada 30 fps. Oh ya, Windows Phone 8 terbaharu juga membolehkan pengguna telefon melakukan video call jadi Lumia 920 ni mempunyai kamera hadapan juga, tapi taklah sehebat kamera utamanya tu.



OS yang digunakan adalah Windows Phone 8 macam yang dinyatakan sebelumnya merupakan versi Windows terkini. Windows Phone merupakan OS yang sangat lancar dan pantas, sukar nak lagging oleh sebab itu Windows Phone masih menggunakan prosesor single core dan dual core, belum sampai tahap quad core macam Android. Live tiles yang menjadi ikon Windows Phone sangat interaktif, apa saja kita boleh letak jadi live tiles dan semua tiles tu akan update dengan sendirinya. Sesiapa yang sangat aktif bersosial dalam facebook dan twitter mesti sukakan betapa fungsi sosial tu semua dah deeply integrated dalam sistem. Tak perlu download pun apps tertentu.



Apa lagi kelebihan Lumia 920? Dia ada wireless charging! Apa tu? Ha, tak perlu cucuk-cucuk wayar charger lagi. Ada macam-macam produk sebagai contoh ada satu bed kita hanya perlu letak sahaja Lumia 920 atas alas tu dan telefon tu akan caj sendiri. Lumia 920 hanya perlu bersentuhan sahaja dengan produk-produk wireless charger ni. Tapi itu semua kena beli sendirilah. Gambar atas tu adalah tempat caj, yang bawah ni adalah speaker plus charger.



Lumia 920 akan mula dijual di Malaysia tak lama lagi dengan harga yang disyorkan RM1999. Murah ke? Anda boleh beli sendiri nanti atau beli dengan pakej di DiGi dengan menempah sekarang.

*semua gambar atas ihsan Google

1 comment: