Friday, June 7, 2013

HTC One Mini?

Selepas HTC berjaya membuat kemunculan semula dengan telefon flagship mereka iaitu HTC One yang sangat hebat dengan kamera 4MP Ultrapixel, teknologi pembesar suara Boomsound ditala dengan Beats Audio, kepadatan piksel tertinggi (pixel density) sebanyak 468ppi yang jauh meninggalkan skrin telefon pintar lain, kini ura-ura muncul pula bahawa HTC akan mengeluarkan adik kepada HTC One yang digelar sebagai HTC One Mini. 

Strategi ini telah digunakan oleh Samsung pada tahun lepas yang mengeluarkan Samsung  Galaxy S3 Mini di samping flagship 2012 mereka iaitu Samsung Galaxy S3. Tahun ini mereka mengulangcetak strategi yang sama dengan mengeluarkan Samsung Galaxy S4 Mini sempena flagship 2013 mereka iaitu Samsung Galaxy S4. Walaubagaimanapun syarikat telefon pintar HTC dari Taiwan nampak gayanya ingin meniru strategi Samsung dengan mengeluarkan HTC One Mini.

Versi mini bagi HTC One ini dapat dilihat menerusi beberapa gambar leaks yang dipaparkan dalam laman web Forte seperti di bawah. HTC One Mini dilihat melepak bersama-sama HTC One yang original dan memaparkan banyak persamaan yang sangat ketara.


HTC One Mini berwarna hitam di sebelah kiri dilihat tidaklah sebegitu 'mini' kerana saiz skrinnya 4.3 inci yang hanya 0.4 inci lebih kecil daripada abangnya HTC One. 


HTC One Mini ini dikatakan akan mempunyai ciri-ciri utama yang terdapat pada HTC One iaitu kamera 4MP Ultrapixel serta Boomsound. Jika hal ini benar, maka HTC telah berjaya menghasilkan telefon flagship versi mini yang pasti akan berjaya membunuh versi mini yang dihasilkan oleh Samsung, kerana SGS3 Mini dan SGS4 Mini yang Samsung hasilkan langsung tidak mempunyai sebarang ciri-ciri utama yang ada pada flagship Samsung yang sebenar,  bahkan jika dibandingkan dengan HTC One Mini itu sendiri, SGS4 Mini jauh ketinggalan.


Adakah anda berminat dengan versi mini untuk setiap telefon flagship tersebut? Dengan harga yang lebih murah, saiz yang lebih pocketable, namun dengan rekabentuk dan ciri-ciri yang serupa, pasti HTC One Mini akan berjaya menaikkan semula nama HTC dalam kalangan pengguna telefon pintar yang average seperti kebanyakan kita.

Sumber: Forte

No comments:

Post a Comment