Tuesday, November 5, 2013

Berhijrahlah atau dihijrahkan!

Hijrah dari segi bahasa membawa maksud perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain. Semua orang akan dan perlu berhijrah, dan orang yang tidak berhijrah juga akan dihijrahkan. Kita berhijrah dari tempat ke tempat, berhijrah dari ideologi lama ke ideologi baru, dari fesyen lama ke fesyen baru, dari kereta lama ke kereta baru, kitab lama ke kitab baru, atau dihijrahkan dari waktu muda ke waktu tua, atau alam fana ke alam baqa. Bersamalah kita berhijrah kepada yang lebih baik. Sesungguhnya orang yang hari ini sama seperti semalam adalah rugi, orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam pula adalah celaka. Dan orang yang hari esok adalah lebih baik daripada hari ini adalah golongan yang beruntung.

Bersama hayati pengorbanan hijrah Nabi Muhammad sollallahu alayhi wasallam sejauh 400++ km ini.

Friday, June 7, 2013

Samsung Galaxy S4 Zoom?

Masihkah anda ingat dengan produk kamera android keluaran Samsung iaitu Samsung Galaxy Camera? Macam dalam gambar di bawah ni.
Kamera yang dijana dengan android, boleh menggunakan WiFi dan 3G ni ada dipasarkan di Malaysia dan menawarkan pengalaman yang sama macam menggunakan sebuah telefon pintar Android; boleh install apps dan permainan daripada Google Play Store. Tapi tak boleh diguna untuk telefon sebab benda ni adalah kamera, bukan telefon.

Namun baru-baru ni ada ura-ura mengatakan Samsung akan mengeluarkan produk generasi kedua bagi Galaxy Camera ni dengan nama Samsung Galaxy S4 Zoom. Kenapa guna nama Galaxy S4 kat situ dan bukan Galaxy Camera 2? Sebab bentuk muka hadapannya sama macam telefon pintar Samsung Galaxy yang lain, bukan lagi macam Galaxy Camera yang lepas. Ada physical home button dengan dua butang kapasitif.





 Tapi  bahagian belakangnya masih macam Galaxy Camera yang lepas. Ada lens yang besar macam kamera lain, katanya 16MP. Ada juga shutter button macam kamera biasa, jadi tak perlu sentuh skrin untuk tangkap gambar, hanya tekan butang ni saja dan terus hidupkan kamera di belakangnya. Namun kalau anda perhatikan, bahagian depan Galaxy S4 Zoom ni ada earpiece macam telefon biasa, ada sensor-sensor, ada kamera kedua untuk video calling. Maknanya Galaxy S4 Zoom ni boleh buat calling and video calling macam telefon biasa dan mampu tangkap gambar berkualiti macam kamera point and shoot yang lain.

Kiranya, untuk Samsung  Galaxy S4 Zoom ni Samsung mengkacukkan telefon Samsung Galaxy dan Samsung Galaxy Camera. Kalau betul dikeluarkan, nak ke anda beli?

Sumber: Android Community, Techtastic

HTC One Mini?

Selepas HTC berjaya membuat kemunculan semula dengan telefon flagship mereka iaitu HTC One yang sangat hebat dengan kamera 4MP Ultrapixel, teknologi pembesar suara Boomsound ditala dengan Beats Audio, kepadatan piksel tertinggi (pixel density) sebanyak 468ppi yang jauh meninggalkan skrin telefon pintar lain, kini ura-ura muncul pula bahawa HTC akan mengeluarkan adik kepada HTC One yang digelar sebagai HTC One Mini. 

Strategi ini telah digunakan oleh Samsung pada tahun lepas yang mengeluarkan Samsung  Galaxy S3 Mini di samping flagship 2012 mereka iaitu Samsung Galaxy S3. Tahun ini mereka mengulangcetak strategi yang sama dengan mengeluarkan Samsung Galaxy S4 Mini sempena flagship 2013 mereka iaitu Samsung Galaxy S4. Walaubagaimanapun syarikat telefon pintar HTC dari Taiwan nampak gayanya ingin meniru strategi Samsung dengan mengeluarkan HTC One Mini.

Versi mini bagi HTC One ini dapat dilihat menerusi beberapa gambar leaks yang dipaparkan dalam laman web Forte seperti di bawah. HTC One Mini dilihat melepak bersama-sama HTC One yang original dan memaparkan banyak persamaan yang sangat ketara.


HTC One Mini berwarna hitam di sebelah kiri dilihat tidaklah sebegitu 'mini' kerana saiz skrinnya 4.3 inci yang hanya 0.4 inci lebih kecil daripada abangnya HTC One. 


HTC One Mini ini dikatakan akan mempunyai ciri-ciri utama yang terdapat pada HTC One iaitu kamera 4MP Ultrapixel serta Boomsound. Jika hal ini benar, maka HTC telah berjaya menghasilkan telefon flagship versi mini yang pasti akan berjaya membunuh versi mini yang dihasilkan oleh Samsung, kerana SGS3 Mini dan SGS4 Mini yang Samsung hasilkan langsung tidak mempunyai sebarang ciri-ciri utama yang ada pada flagship Samsung yang sebenar,  bahkan jika dibandingkan dengan HTC One Mini itu sendiri, SGS4 Mini jauh ketinggalan.


Adakah anda berminat dengan versi mini untuk setiap telefon flagship tersebut? Dengan harga yang lebih murah, saiz yang lebih pocketable, namun dengan rekabentuk dan ciri-ciri yang serupa, pasti HTC One Mini akan berjaya menaikkan semula nama HTC dalam kalangan pengguna telefon pintar yang average seperti kebanyakan kita.

Sumber: Forte