Monday, December 10, 2012

Spesifikasi Nokia Lumia 920. Hebatkah?




Assalamualaikum! Yeahh Nokia is back with a brand new attack! Nokia memperkenalkan model terbaharu dalam siri Lumia iaitu Lumia 920 yang akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Lumia yang menggunakan platform Windows 8 yang terbaharu ini akan menjadi taruhan terkini Nokia untuk terus bersaing dengan kemunculan handphones lain yang hebat-hebat yang menggunakan platform Android terkini iaitu Jellybean 4.2. Mampukah Nokia melakukannya?

Ok jadi apakah spesifikasi Lumia 920 ni? Baiklah, Nokia sekarang sudah mula membuat telefon dengan skrin yang besar berbanding dahulu dengan Lumia 920 mempunyai skrin dengan saiz 4.5 inci. Akhirnya Nokia dengar pun komplen customers dia kan yang mahukan skrin yang lebih besar. Skrin Lumia 920 mempunyai resolusi 1280 kali 768 piksel dan menggunakan teknologi Puremotion HD+. Apa tu? Lebih kurang apabila anda skrol laju-laju gambarnya tetap cantik dan tak tersekat-sekat. Skrinnya juga ada polarization filter yang menjadikan warna gambar lebih deep dan vivid. Benda ni orang fotografi sukalah.

Tinggi Lumia 920 adalah 130.3 mm dengan lebar 70.8 mm dan tebalnya 10.7 mm. Memang bukan telefon yang ternipis dan teringan di muka bumi tapi Nokia memang tak kisah dengan semua tu. Macam mana dengan pilihan warnanya? Nokia masih menerapkan gaya chick and funky dengan menyediakan pilihan warna-warna ceria  seperti kuning, merah, putih, hitam dan kelabu untuk siri Lumia 920. Dan langkah ini nampaknya diikuti oleh pesaingnya HTC yang turut menggunakan variasi warna dalam siri Windowsphone 8 mereka.

Prosesor yang digunakan kali ini adalah Snapdragon S4 yang dikeluarkan oleh Qualcomm. Prosesor dual core ini mempunyai kekuatan 1.5Ghz dan mampu menjana Windows 8 dengan lancar tanpa tersekat-sekat. RAM bagi Lumia 920 adalah 1Gb dan ruang storan yang tersedia adalah 32Gb dengan 7Gb lagi dalam skydrive (macam dropbox atau iCloud).



Ok, tarikan utama Lumia 920 adalah kameranya. Kamera dengan 8.7MP ini mampu menangkap gambar dalam gelap jauh lebih baik daripada pesaingnya, malah lebih baik daripada beberapa kamera point-and-shoot sendiri. Selain itu, gambar dan video yang  dirakam menggunakan Lumia 920 sangat stabil walaupun ditangkap menggunakan tangan dalam situasi yang bergegar (shaky) kerana teknologi floating lens yang digunakan oleh Nokia. Jadi telefon ni memang sangat sesuai untuk mereka yang suka ambil gambar menggunakan telefon. Video yang dirakam adalah video Full HD dengan resolusi 1080p pada 30 fps. Oh ya, Windows Phone 8 terbaharu juga membolehkan pengguna telefon melakukan video call jadi Lumia 920 ni mempunyai kamera hadapan juga, tapi taklah sehebat kamera utamanya tu.



OS yang digunakan adalah Windows Phone 8 macam yang dinyatakan sebelumnya merupakan versi Windows terkini. Windows Phone merupakan OS yang sangat lancar dan pantas, sukar nak lagging oleh sebab itu Windows Phone masih menggunakan prosesor single core dan dual core, belum sampai tahap quad core macam Android. Live tiles yang menjadi ikon Windows Phone sangat interaktif, apa saja kita boleh letak jadi live tiles dan semua tiles tu akan update dengan sendirinya. Sesiapa yang sangat aktif bersosial dalam facebook dan twitter mesti sukakan betapa fungsi sosial tu semua dah deeply integrated dalam sistem. Tak perlu download pun apps tertentu.



Apa lagi kelebihan Lumia 920? Dia ada wireless charging! Apa tu? Ha, tak perlu cucuk-cucuk wayar charger lagi. Ada macam-macam produk sebagai contoh ada satu bed kita hanya perlu letak sahaja Lumia 920 atas alas tu dan telefon tu akan caj sendiri. Lumia 920 hanya perlu bersentuhan sahaja dengan produk-produk wireless charger ni. Tapi itu semua kena beli sendirilah. Gambar atas tu adalah tempat caj, yang bawah ni adalah speaker plus charger.



Lumia 920 akan mula dijual di Malaysia tak lama lagi dengan harga yang disyorkan RM1999. Murah ke? Anda boleh beli sendiri nanti atau beli dengan pakej di DiGi dengan menempah sekarang.

*semua gambar atas ihsan Google

Sunday, December 9, 2012

Spesifikasi iPhone 5. Kini Di Malaysia Disember 2012.


Assalamualaikum! Masa yang dinanti-nanti oleh sebahagian besar peminat produk Apple di Malaysia sudah hampir ke penghujungya! Kini Apple datang lagi dengan produk telefon pintar yang telah dikemaskini iaitu aipon yang kelima atau nama yang diberi; iPhone 5. Best ke iPhone ni? Sampai orang berebut-rebut nak beli melalui tempahan (pre-order) dalam talian. Dahlah mahal. Kalau tengok laman web Celcom tu iPhone 5 yang paling mahal versi 64G dah out-of-stock.

Ok, apakah spesifikasi iPhone 5? Yang pertama sekali adalah saiz skrin yang telah dinaiktaraf. Kalau dulu si Steve Jobs tu berkeras nak kekalkan saiz skrin 3.5 inci sebab dia kata inilah saiz skrin yang paling ideal untuk sesebuah telefon pintar, supaya senang nak guna. Tapi Apple di bawah CEO barunya Tim Cook ambil keputusan untuk bagi besar sikit skrin iPhone kepada 4 inci. Taklah besar sangat kalau nak dibanding dengan handphone jenama lain. Samsung Galaxy S2 pun lagi besar skrin dia. Walaubagaimana pun display iPhone tetap terbaik dengan mengekalkan retina display yang memang sudah menjadi trademark Apple selama ni. Dengan resolusi 1136 kali 640, kepadatan piksel iPhone sebanyak 326 piksel seinci adalah sangat mengagumkan. Memang cantik dan tak boleh dikesan piksel tu. Namun akan ada pencabar skrin iPhone ni dengan keluarnya Nexus 4 dan HTC Droid DNA nanti yang menjanjikan piksel yang lebih padat. Tapi dua-dua tu belum keluar lagilah di Malaysia ni.


Tinggi iPhone 5 ini adalah 123.8 mm, dengan lebar 58.6 mm dan hanya senipis 7.6mm sahaja! Jadi iPhone ni antara yang paling ringan dan nipis di muka bumi ni. Binaannya sangat premium dan berkualiti dengan diamond-trimming yang dilakukan di bucu iPhone ni sangat menyerlahkan kualiti yang selama ini menjadi idaman kebanyakan pencinta produk Apple.

Bercakap pasal binaan, iPhone 5 ini didatangkan dengan dua warna iaitu putih dengan silver dan hitam dengan slate. Saya rasa warna hitam kali ini nampak lebih premium berbanding warna hitam yang dulu, nampak lebih mysterious macam handphone Batman. Namun warna putih juga tak kurang hebatnya. Kemas dan bersih. Warna silver di bahagian belakang iPhone 5 ini adalah warna sebenar elemen aluminium yang digunakan jadi kalau anda tercalarkan bahagian belakang itu, tak akan ada goresan putih atau hitam yang akan muncul. Kalau iPhone 5 hitam yang anda beli, semua lubang earphone dan lightning connector adalah berwarna hitam, kalau putih maka putihlah semuanya. Apple memang suka precision sebegini. 

Lightning connector adalah ciptaan terbaharu Apple. Kita akan gunakan lubang ini untuk mengecas dan pindah maklumat ke dalam PC/Macbook. Kira ini adalah versi terbaharu mini usb untuk Apple menggantikan 30-pins connector yang lama. Kelebihannya adalah tak kira atas atau bawah, kita boleh cucuk lightning connector ni ikut suka tanpa perlu melihat lubangnya. Tapi keburukannya adalah semua aksesori yang sudah sedia ada kalian beli tu sudah tak boleh gunalah.



Apa pula processor yang iPhone 5 gunakan kali ini? Cip A6 yang terbaharu menjadi nadi utama telefon ini dengan keupayaan grafik dua kali ganda dari cip A5 sebelumnya. Tapi semasa artikel ini ditulis, Apple sudah mengeluarkan Apple iPad 4 yang terbaharu dengan cip A6X yang ada kekuatan memproses yang sama tapi dengan quadcore graphic. Manalah tahu Apple nak keluarkan iPhone 5S yang menggunakan cip yang sama dalam masa tak sampai setahun ni nanti.

Macam mana dengan kamera pula? Ok, iPhone 5 mempunyai kamera iSight 8MP yang merupakan antara kamera tercantik pada tahun ini. Telefon yang boleh menandingi kamera iPhone ini setakat ini hanyalah Nokia Lumia 920 yang hebat dengan teknologi PureView. Kamera utama iPhone ini boleh merakam video HD dengan resolusi 1080p manakala kamera hadapan 1.2MPnya boleh merakam video HD dengan kualiti 720p. Ya, Samsung GS3 punya kamera hadapan 1.9MP dan HTC Droid DNA punya kamera hadapan adalah 2.0MP.

Apple membekalkan semua iPhone 5 dengan earpiece yang digelar Apple EarPods. Mereka kaji selama 3 tahun untuk hasilkan earphone ni yang mereka kata boleh sumbat masuk dalam semua jenis/bentuk telinga dan menghasilkan bunyi yang lebih baik berbanding yang dulu. 



Perisian operasi (OS)? Well, iPhone mestilah guna iOS 6 yang terbaharu yang disertakan dengan Maps (yang kurang efektif) dan juga Siri, pembantu peribadi yang ada dalam iPhone 5. Tanyalah apa sahaja padanya dan Siri akan mencari jawapannya walaupun Siri terpaksa google di internet. iOS 6 bergerak lancar kerana perisian ini dibina khas oleh Apple untuk produknya sendiri, susah/tak pernah nak tengok  iOS ni lagging.

Dan persoalannya... Berbaloikah beli telefon yang mahal macam iPhone 5 ni sedangkan dengan harga yang sama atau lebih murah anda dapat membeli telefon lain yang lebih besar saiznya, lebih besar skrinnya, besar megapiksel kameranya, lebih besar saiz storannya siap boleh tambah memory card lagi. OS pun boleh diubahsuai ikut selera dan taklah restricted macam iOS dalam iPhone 5 ni. Senang kata, telefon android lah. Lebih murah dengan spesifikasi yang lebih hebat.

Jawapannya ikut selera masing-masinglah. Ada yang nak bergaya, ada yang pentingkan fungsi. iPhone ni sekarang dah jadi aksesori mewah, bukan sekadar telefon pintar sahaja. Walaubagaimana pun iPhone tetap antara telefon pintar yang terhebat tahun ini kerana gabungan binaan yang berkualiti, prosesor yang laju digabungkan dengan iOS 6 yang dibina khusus untuknya, dengan skrin dan kamera yang cantik, iPhone tetap berbaloi untuk dimiliki oleh mereka yang mampu. Apa-apa pun, itu semua duit anda. Ukur baju di badan sendiri. *senyum*

*semua gambar atas ihsan Google